Minggu keempat saingan liga profesional Mobile Legend Malaysia (MPLMY) menyaksikan kejutan berlaku apabila pasukan RSG Malaysia berjaya menewaskan Team Haq dengan keputusan bersih 2-0 hari ini.

Penolong jurulatih pasukan RSG Malaysia, Sora, menganggap kerjasama erat di antara para pemain dan pihak pengurusan adalah kunci utama mereka untuk kembali bangkit daripada kekecewaan selepas tewas kepada Homebois pada Sabtu lalu.

Kemenangan itu juga menyaksikan pasukan RSG Malaysia kembali menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kalah mati nanti.




"Kesefahaman dan komunikasi antara pemain, pihak kejurulatihan dan pihak pengurusan berada dalam tahap yang sangat baik dan itu merupakan sebab utama kami memperoleh kemenangan hari ini.

"Hasil sokongan dari semua pihak, saya akan sedaya upaya memikul tangunggjawab membawa pasukan lebih tinggi," katanya.