Juara MPLMY, Homebois, tumbang dalam perlawanan pertama selepas tewas 0-2 kepada Selangor Red Giants (SRG) sebentar tadi.

Roger yang digunakan Innocent membuatkan Homebois kucar-kacir apabila mendapatkan triple-kill seawal minit keenam.

Bahkan Xorn dan Sepat pun tidak mampu untuk menadah "damage" yang dikeluarkan oleh seekor serigala daripada innocent.

SRG kemudian memecahkan crystal Homebois pada minit ke-16.

Pertempuran di turtle pertama tampak tidak menyebelahi Chibi apabila menjadi "first blood" kerana ditelan oleh Barats yang digunakan Sekyss.

Sekyss kemudian menyebabkan kematian Nets di Gold Lane hasil bantuan dari tiga rakan sepasukan.

SRG, yang mengawal peta dengan baik dari awal permainan, membuat Homebois tidak berdaya untuk keluar daripada zon mereka sebelum akur dengan kekalahan 0-10 dalam perlawanan pembukaan itu.