Pemilik Homebois, Nureddy Nursal, atau lebih dikenali sebagai Daddyhood tidak meletakkan sebarang tekanan dalam saingan MPLMY musim baru ini memandangkan sasarannya untuk menjuarai kejohanan tersebut sudah tercapai pada musim lalu.

Dia mengakui bahawa elemen pemasaran dalam penjenamaan semula pasukan Homebois merupakan aspek penting dalam E Sukan.

"Pada musim baru ini sejujurnya saya langsung tiada tekanan. Kita mengetahui segala ramuan dan resepi untuk menjadi juara.

"Kami menawarkan perjalanan yang menarik buat pemain Homebois agar mereka menikmati daripada kami pasukan belasahan kepada juara bertahan.

"Penyokong selalu meletakkan Homebois sebagai pasukan naib juara dan bukannya juara sebelum ini, dan jika kami menjadi juara baru membuka mata semua orang." katanya.

Pengurus pasukan Homebois, Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar, atau dikenali sebagai AVAA berasakan pasukan Selangor Red Giants (SRG) merupakan pencabar utama yang mampu memberikan saingan dalam MPLMY musim ini.

Pasukan itu juga tidak memandang rendah dengan pasukan SRG malah mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk mempertingkatkan lagi kualiti pasukan sebagai persediaan awal menjelang hari perlawanan nanti.

"SRG merupakan pasukan yang kuat dan pasukan ini paling mencabar buat kami. Bulan Ramadan ini kami ambil peluang untuk meningkatkan lagi latihan kami sebagai persediaan.

"Untuk persediaan daripada segi mental dan fizikal semestinya kami dalam keadaan bersedia sepenuhnya. Saya lebih gerun dengan tiga pemain Mid SRG kerana berkualiti dan kuat." katanya.