Marc Marquez muncul pemenang selepas persaingan dalam pusingan terakhir dengan Fabio Quartararo untuk memenangi Grand Prix San Marino, sebentar tadi.

Wakil Petronas Yamaha, Quartararo, memimpin hampir keseluruhan saingan dan hampir menjadi pelumba termuda kedua untuk menjuarai perlumbaan tetapi Marquez meleburkan harapannya.

Marquez dan Quartararo saling mengejar petak pertama pusingan terakhir sebelum wakil kelahiran Perancis itu melakukan kesilapan di selekoh 14, sekali gus membuka ruang untuk juara bertahan, Marquez, lolos bagi memenangi perlumbaan tersebut.

Maverick Vinales terpaksa akur di tempat ketiga di hadapan rakan sepasukan daripada Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi.

Ia merupakan kemenangan ke-77 Marquez dalam semua kelas jentera dan mengatasi rekod Mike Hailwood sementara mendahului pelumba lain dengan 93 mata.

Quartararo, yang dilihat sebagai pencabar utama GP British sebelum jatuh di selekoh pertama, memberikan tekanan ke atas Vinales sementara Marquez mengekori rapat sepanjang perlumbaan.

Gandingan itu berjaya meninggalkan Vinales dan bersaing hingga ke penghujung perlumbaan, penunggang Repsol Honda itu berulang kali gagal memintas Quartararo sebelum akhirnya berjaya melakukannya dalam pusingan terakhir.

10 TERBAIK

1. Marc Marquez (Repsol Honda)
2. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha)
3. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha)
4. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha)
5. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha)
6. Andrea Dovizioso (Ducati)
7. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing)
8. Joan Mir (Suzuki Ecstar)
9. Jack Miller (Pramac Racing)
10. Danilo Petrucci (Ducati)