Ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meluluskan resolusi untuk merayu kepada kerajaan supaya meneruskan dengan penganjur selaku tuan rumah Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur.

Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria, berkata resolusi itu akan diserta bersama-sama surat yang akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam masa terdekat.

"Kita telah mengeluarkan satu resolusi yang disokong oleh semua persatuan sukan untuk merayu kepada kerajaan agar meneruskan penganjuran Sukan SEA 2027." kata Norza menerusi Nadi Arena.

Resolusi itu diambil berdasarkan perkembangan semasa terutama sekali isu yang membelenggu penganjuran Sukan Komanwel 2026, di mana kerajaan menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (SGF) untuk Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.

Kembimbingan keadaan sama akan berlaku kepada penganjuran Sukan SEA 2027, memaksa ahli gabungan MOM untuk meluluskan resolusi itu.

"Kami cuma mahu sampaikan dan menyuarakan kepada kerajaan bahawa persiapan menjelang temasya Sukan SEA sedang berada di landasan yang tepat."

Sementara itu, Norza menjangkan atlet negara yang akan layak ke Sukan Olimpik Paris akan menceceh hampir 30 atlet dengan beberapa lagi sukan membabitkan olahraga, renang, memanah mungkin menyaksikan penambahan atlet.

Setakat ini 18 atlet negara daripada tujuh sukan sudah layak ke temasya di Paris itu.