Bak kata ramai orang, usia hanyalah angka – pepatah yang nampaknya benar untuk bintang bola sepak bernama Lionel Messi.

Dalam temu bual dengan Big Time Podcast yang dikeluarkan pada Rabu lalu, Messi yang berusia 36 tahun mendedahkan bahawa dia tidak melihat usia lanjutnya sebagai faktor penting dalam menentukan bila untuk menamatkan kariernya.

Dia juga berkata bahawa dia tidak mempertimbangkan bila dia boleh mengundurkan diri dari dunia bola sepak, di mana dia telah memenangi Piala Dunia bersama Argentina, 10 La Liga dan empat gelaran Liga Juara-Juara bersama Barcelona dan lapan anugerah Ballon d'Or.

“Sebenarnya saya belum memikirkannya lagi,” kata Messi, yang berusia 37 tahun pada bulan Jun.

“Hari ini, saya cuba menikmatinya dari hari ke hari, menikmati setiap saat tanpa memikirkannya lebih daripada itu.

“Saya tidak mempunyai apa-apa yang jelas lagi tetapi untuk terus bermain, itulah yang saya ingin lakukan untuk sementara waktu. Apabila tiba masanya, pasti saya akan mencari jalan atau apa-apa sahaja yang boleh hadirkan kegembiraan dan ia akan menjadi peranan baharu.”

Hari ini, bukan perkara luar biasa bagi atlet untuk meneruskan karier mereka hingga lewat 30-an, di mana saingan lama Messi, Cristiano Ronaldo masih bermain dan menjaringkan banyak gol untuk Portugal dan kelab Arab Saudi Al-Nassr pada usia 39 tahun.

Messi menyertai kelab MLS Inter Miami tahun lepas dan memenangi Piala Liga – gelaran pertama dalam sejarah kelab baharunya – pada Ogos. Pasukan itu kini berada di kedudukan kedua dalam kedudukan liga setelah bermain enam perlawanan musim ini.

Ditanya mengenai perkara yang akan menjadi faktor dalam keputusannya untuk bersara, Messi berkata: “Saat ini saya tidak berada pada tahap untuk menyampaikannya lagi, bahawa saya tidak berkiri tentang itu lagi.

“Seperti yang saya katakan pada awalnya, saya suka mengkritik diri sendiri. Saya tahu apabila saya lakukan yang terbaik baik mahupun kurang baik, apabila saya bermain dengan baik atau apabila saya bermain dengan teruk, dan apabila saya merasakan saat itu untuk mengambil langkah itu, saya akan melakukannya tanpa memikirkan umur saya.

"Jika saya berasa baik, saya akan sentiasa cuba bersaing kerana ia adalah perkara yang saya suka dan apa yang saya tahu bagaimana untuk melakukannya."

Messi terlepas aksi persahabatan Argentina menentang El Savaldor dan Costa Rica baru-baru ini kerana kecederaan hamstring. Tidak jelas sama ada dia akan memainkan peranan dalam perlawanan MLS Inter Miami yang akan datang menentang New York City pada Sabtu.