Jasa dan pengorbanan atlet yang berkorban demi mengharumkan nama negara terus mendapat pengiktirafan.
Empat individu yang pernah mengibar Jalur Gemilang di pentas dunia, Shalin Zulkifli, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Lim Teong Kim dan P. Arivalagan dikurniakan Pingat Panglima Mahkota Wilayah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini yang membawa gelaran datuk.
Datuk Shalin merupakan bekas juara dunia, juara Sukan Komanwel, juara Sukan Asia dan juara Sukan SEA.
Shalin juga pernah diinduksikan ke Dewan Kemahyuran Boling Antarabangsa pada 2004.
Sementara itu, Dtuk Syarul Azman atau 'Mike Mahen; pula muncul satu-satunya individu yang masih aktif mewakili negara yang menerima anugerah ini.
Mike merupakan juara dunia lima kali dengan yang terbaru diraih pada Disember tahun lalu.
Dia juga berjaya merangkul pingat emas acara bina badan dalam Sukan SEA 2022 di Vietnam.
Datuk Arivalagan pula merupakan bekas atlet karate negara yang pernah meraih tujuh pingat emas dalam temasya serantau Asia Tenggara.
Dia juga pernah beraksi di peringkat kejohanan peringkat Asia dan dunia dengan beberapa kejayaan. Dia kini bersama Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF).
Sementara itu, Datuk Teong Kim yang kini ketua jurulatih Perak merupakan bekas pemain kebangsaan sejak 1982 hingga 1996.