Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak merancang untuk menyerahkan trofi Liga Hoki Malaysia (LHM) kepada pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam aksi terakhir LHM, esok.

Ia bermakna UniKL perlu menunggu lebih seminggu lagi untuk menjulang trofi LHM biarpun mereka sudah sah bergelar juara dengan berbaki satu perlawanan liga.

UniKL sah bergelar juara selepas menundukkan Maybank 2-1 di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi, semalam.

Bagaimanapun, KHM tidak merancang untuk menyerahkan trofi itu dalam saingan terakhir LHM esok.

Sebaliknya, KHM merancang untuk menyerahkan trofi LHM serentak dengan trofi Piala TNB pada 2 Mac depan walaupun terdapat kebimbangan tindakan itu akan menenggelamkan prestij saingan LHM.

Ikuti perkembangan ini dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.