Kejohanan The Malaysia-British Society (MBS) yang membabitkan pasukan wanita negara, Kelab Royal Household Cricket dan MBS sendiri selaku penganjur dilihat sebagai satu perlawanan yang memberi kesan positif buat hubungan kedua-dua negara.

"Ini satu penganjuran yang hebat dan sentiasa dapat mengerat hubungan di antara Malaysia dan British.

"Malah, ia melibatkan keluarga diraja yang secara tidak langsung merapatkan hubungan di antara kedua-dua negara," kata British High Commissioner to Malaysia, Ailsa Rerry, semalam.

Dalam masa sama, Malaysian British Society Royal Patron, Tunku Imran Tuanku Ja'afar, walaupun sukan ini masih mencari tempat di hati rakyat tetapi program pembangunan berjalan dengan baik untuk memastikan pasukan kebangsaan berdiri sebaris dengan kuasa di luar.

"Tanpa pelapis, mana-mana sukan pasti akan mati kerana ia tidak boleh hidup dengan sendiri," ujar Tunku Imran.