Kemungkinan penundaan Kejohanan Futsal ASEAN 2024 tidak merencatkan persiapan skuad, menurut pemain futsal negara, Khairul Effendy Bahrin.

Malah, pemain yang mesra disapa Ayon itu lebih bersetuju dengan penangguhan tersebut jika berlaku, kerana mempunyai waktu persiapan yang lebih panjang.

Dijadualkan bermula 11 hingga 19 Mei, kejohanan tersebut mungkin ditunda ke satu tarikh baru sekitar Oktober dan November.