SELANGOR MAC 1 SAHAKO 2

Hasrat Selangor MAC untuk bergelar juara Kumpulan B, Kejohanan Kelab Futsal AFF tidak kesampaian selepas tewas tipis 1-2 kepada pasukan Vietnam, Sahako, di Nakhon Ratchasima, Thailand hari ini.

Selangor MAC terlebih dahulu berada di depan menerusi penyudah Ekmal Shahrin dalam separuh masa pertama dan walaupun galak memburu peluang menambah jaringan, mereka kelihatan buntu memecahkan tembok pertahanan lawan.

Dalam masa sama, Sahako turut mengatur gerak mencari gol penyamaan dan berhasil memperolehnya menerusi jaringan Duong Ngoc Linh pada minit ke-37.

Malangnya, pada 36 saat terakhir, gawang wakil negara itu bocor lagi, kali ini menerusi penyudah Nuyen Dac Huy, sekali gos menobatkan Sahako selaku juara kumpulan.

Walaupun tewas, Selangor MAC tetap layak ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B.



*Kredit foto: Selangor MAC