Kapas Marang Crossing Swimathon mungkin akan muncul selaku kejohanan sukan renang marathon patuh syariah yang bakal dikenali sebagai yang pertama seumpamanya pernah dianjurkan di negara ini.

Kejohanan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pesuruhjaya Sukan Malaysia serta beberapa agensi lain itu bakal menyajikan cabaran renangan laut bebas bermula dari Pulau Kapas sehingga ke Pantai Kelulut, Marang sejauh 6.5 kilometer.

Acara bersejarah itu akan berlangsung pada 11 Mei ini dan dijangka membabitkan lebih lima ratus peserta yang hadir dari dalam dan luar negara.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, acara tersebut mampu menghidangkan cabaran yang berbeza berbanding dengan kejohanan lain yang pernah dianjurkan sebelum ini selain daripada keindahan laut dan pantai Terengganu yang sememangnya cukup dikenali.

"Peserta juga tidak perlu risau memandangkan semua langkah atau aspek keselamatan akan disediakan termasuk membabitkan anggota keselamatan berkayak selaku pengiring, pihak Polis, Bomba serta pihak APM yang mencukupi.

"Kesemua mereka akan mengiringi semua peserta yang terlibat sepanjang tempoh acara tersebut berlangsung." Jelas penganjur dalam kenyataan tersebut.

Acara itu akan bermula tepat jam 8.00 pagi dan dijangka akan tamat sepenuhnya sekitar jam 1.00 Tengah Hari pada hari berkenaan.

Kejohanan yang digelar swimathon itu juga dijangka mampu menggamit sokongan seluruh rakyat Terengganu untuk menyaksikanya memandangkan ia julung kali diadakan.