Kejohanan Olahraga Terbuka Johor bakal menjadi detik signifikan buat pemegang rekod kebangsaan dalam acara lontar peluru, Jonah Chang Anak Rigan, dalam perseteruannya bersama Ziyad Zolkefli yang bakal membawa dimensi baru dalam prestasinya.

Dia menganggap rekod kebangsaannya masih belum cukup untuk merangkul pingat emas dalam saingan di Sukan SEA dan positif kehadiran Ziyad Zolkefli mampu membantunya untuk melakar catatan rekod yang lebih baik nanti.

Anak didik Frantisek Petrovic itu percaya akan kemampuan sebenar dirinya yang mampu diterjemahkan ke dalam bentuk balingan untuk menghampiri catatan rekod kebangsaannya sebelum ini.




"Semestinya cabaran bersaing dengan Ziyad. Dia atlet paralimpik dan saya masih baru. Kami akan berusaha untuk bersaing dengan satu sama lain untuk menjadi yang terbaik di Malaysia.

"Rekod kebangsaan saya masih belum cukup untuk dapatkan pingat emas di Sukan SEA nanti, kerana ia memerlukan balingan 18 meter dan 19 meter untuk merangkul emas.

"Kami berdua akan saling memberikan semangat kepada satu sama lain, dan kejohanan di Johor akan menjadi penentu siapa yang akan menjadi pencabar yang sebenar." katanya.