Ketika ini, tiada siapa mengetahui jika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sepatutnya tamat bulan depan akan dilanjutkan?

Situasi tidak menentu itu mencetus bimbang terhadap keadaan mental atlet-atlet negara yang terpaksa 'berkurung' dalam kem latihan yang panjang.

Bekas ketua pegawai eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkongsi pandangan bersama Nadi Arena.

Ketahanan mental atlet antara faktor dititikberatkan ekoran kem latihan panjang tanpa aksi kompetitif ekoran penularan wabak Covid-19.

Menurut Ramlan, mengambil langkah bagi mengurangkan beban dihadapi atlet negara ketika ini.

"Atlet memiliki ketahanan mental yang kuat dan memiliki keazaman untuk mencapai kejayaan namun mereka juga memiliki hadnya," katanya.

"Kita perlu mengetahui secara rapi keadaan mereka bagi memastikan tahap prestasi mereka tidak terjejas dengan situasi semasa."

Dalam masa sama, Ramlan menjelaskan komitmen tinggi perlu diusahakan, bukan hanya atlet, malah membabitkan beberapa pihak.