Skuad hoki negara akan meneruskan pemburuan tempat ke final Piala Sultan Azlan Shah dengan menentang New Zealand di Ipoh malam ini.

Selepas tewas 4-5 kepada Pakistan dalam aksi pertama dan menewaskan Kanada 6-2 dalam aksi kedua, skuad negara kini menduduki tangga ketiga pusingan round robin dengan 3 mata di belakang Pakistan dan Jepun.

The Speedy Tigers seterusnya akan meneruskan pemburuan dua tempat teratas dengan menentang New Zealand malam esok.

Saksikan siaran lansung perlawanan ini di Astro Arena HD saluran 801 pada jam 8.30 malam ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di aplikasi Astro GO.