Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Hans Isaac sebagai pengerusi baru Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan KBS hari ini, menterinya, Hannah Yeoh, berharap melalui pelantikan Hans dan 15 anggota lain PSM bagi penggal 2023-25, ia akan dapat merealisasikan misi memastikan halatuju PSM dalam pengurusan fasiliti yang berdaya mampan (self-sustainable), mengamalkan tadbir urus korporat yang baik, menyediakan perkhidmatan yang efisien dan profesional kepada semua pihak serta merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

Pelantikan itu menyaksikan anggota perbadanan PSM terdiri daripada lima ahli wanita yang merangkumi 31.25% keahlian dan anggota perbadanan itu akan bersama Ketua Pegawai
Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi, dan pengurusan kanan PSM bagi mencipta semula pendekatan terhadap industri pengurusan fasiliti untuk semua.

Sebagai rekod, Hans sebelum ini merupakan presiden Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan juga merupakan seorang ahli korporat.