Jaguh emas Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi kekal berada di kelas tersendiri apabila berjaya menyambar pingat emas bagi acara 100 meter kategori T35/36 (kecacatan fizikal) di Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia Marrakesh di Maghribi, semalam.

Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat untuk meninggalkan pelari dari Oman, Taha Al Harrasi (12.65 saat) yang membawa pulang perak sementara rakan senegara, Ahmad Fizzi Rosni, membawa pulang gangsa dengan catatatan 12.72s.




Satu lagi gangsa negara terhasil menerusi Muhamad Afiq Mohamad Ali dalam acara 100 meter T12.

Mohammad Zikri Zainal memperoleh perak bagi acara lontar peluru F55/56 (berkerusi roda) selepas menyempurnakan lontaran sejauh 9.61 meter dengan 780 mata.