Aleix Espargaro menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama Aprilia Racing sekali gus bakal kekal sehingga 2022.

Dia menyertai pasukan dari Itali itu pada 2017 selepas kehilangan tempat di Suzuki.

Espargaro menamatkan kempen 2019 di tangga ke-14 senarai pelumba -- yang menjadi prestasi terbaiknya dalam tiga tahun tempoh bersama Aprilia -- termasuk saingan Grand Prix Aragon yang menyaksikannya mengakhiri saingan di tempat ketujuh.

"Saya gembira dengan pengesahan ini," katanya.

"Aspek kemanusiaan sangat penting buat saya dan dalam empat musim, Aprilia menjadi keluarga kedua saya.

"Dengan kontrak ini, yang menjadi sangat penting dalam karier saya, mereka membuktikan saya berada dalam perancangan pasukan.

"Dalam tahap teknikal, perkembangan dalam beberapa bulan terakhir meyakinkan saya termasuk kehadiran perubahan dan permulaan RS-GP 2020."

Memandangkan musim 2020 masih belum bersambung sejak penangguhan akibat coronavirus, dia menambah: "Saya rasa kami perlu tamatkan tugas yang telah bermula.

"Saya tidak sabar untuk mengharungi perancangan ini seperti sepatutnya."