Ketua pegawai eksekutif (CEO) Yamaha Tekhne AHM Motorsports, William Chua Jin Wei, memperluaskan lagi pasukannya dengan memberikan tumpuan kepada kategori CP 125 setelah hanya menumpukan kepada kategori CP150.

Selepas kehadiran ramai penunggang dalam pasukan, ia menjadi satu inisiatif pasukan untuk memperkenalkan pasukan mereka dalam kategori CP125 menjelang saingan Cub Prix yang bakal berlangsung di Tangkak 4-5 Mei ini.


Inisiatif itu diambil untuk dijadikan pelantar buat penunggang pasukannya meraih pengalaman sekaligus memperbaiki corak perlumbaan.

Ikuti laporan penuh menerusi Nadi Arena jam 7.30 malam ini.