Biarpun hanya mencatat masa ketujuh terpantas dengan catatan 47.529 saat saingan dalam kategori Wira KBS, namun ianya bukan penghalang buat Akif Abdullah, dari pasukan Honda KC Racing untuk terus mencipta sensasi di Litar Tangkak, hari ini.

Dia yang mendapat suntikan latihan di Indonesia sebelum ini serta kejayaan menempatkan diri dalam Talent Cup di Thailand jelas lebih mematangkan dirinya yang baru berusia 15 tahun.

Pengalamannya di dua negara tersebut sedikit sebanyak membantu pacuannya untuk terus memberikan saingan terbaik dalam perlumbaan sebenar esok.

"Penggalaman di Indonesia da juga membantu saya di Litar Tangkak ini kerana trek di sana lebih kepada teknikal.

"Saya juga sedikit sebanyak ada belajar di sana daripada pelumba Indonesia dengan jurulatih dalam latihan memandangkan mereka di tahap berbeza dan sudah bermain di peringkat Asia.

"Saya tidak meletakkan 100 peratus boleh menang tetapi target saya untuk berada dalam sepuluh terbaik." katanya kepada Nadi Arena.