Menjelang perlumbaan Cub Prix 2024 yang akan diteruskan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, adik-beradik dalam sukan permotoran -- Firdaus dan Haziq Hamdan berkongsi keterujaan mereka dalam Rumah Terbuka Nadi Arena edisi raya.

Mereka berkata, meskipun sedang beraya bersama keluarga tercinta, persiapan harus diutamakan sebelum perlumbaan seterusnya.

Sungguhpun menjalani latihan ketika berpuasa, semangat juang yang ditunjukkan sangat tinggi dan dikagumi oleh keluarga sendiri.

Walaupun duduk di bawah bumbung yang sama, tetapi Firdaus dan Haziq tetap bersikap profesional ketika ditanya berkenaan pelan pasukan masing-masing.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung pada 4 dan 5 Mei ini di Litar Lumba Tangkak, Johor.