Anak jati kelahiran Johor Bharu, Kasma Daniel Kasmayuddin, membuktikan kehadiran permata sulung lelaki, Kasma Darrien pada 13 April lalu merupakan antara titik tolak kepada kejayaannya mencatat masa terpantas 44.463 saat dalam pusingan kelayakan pertama kategori C150 Kejuaraan Cub Prix 2024 di Litar Lumba Tangkak, sebentar tadi.

Dia membuktikan bahawa litar itu merupakan antara trek paling diminatinya setelah mengetepikan cabaran juara pusingan pertama di Litar Jasin Bestari, Md Akid Aziz, dengan perbezaan 0.44s.





Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Moto itu menganggap kejayaan memintas catatan terpantas Akid merupakan detik yang paling berharga menjelang perlumbaan sebenar esok.

"Kelahiran anak lelaki membuatkan saya lebih gembira," katanya.