Anak jati kelahiran Johor Bharu, Kasma Daniel Kasmayuddin, membuktikan kehadiran permata sulung lelaki, Kasma Darrien pada 13 April lalu merupakan antara titik tolak kepada kejayaannya mencatat masa terpantas 44.463 saat dalam pusingan kelayakan pertama kategori CP150 di Litar Lumba Tangkak, hari ini.

Dia membuktikan bahawa litar tersebut merupakan antara trek paling diminatinya setelah berjaya mengenepikan cabaran juara pusingan pertama di Litar Jasin Bestari, Akid Aziz, dengan perbezaan 0.44 saat.

Kejayaan memintas catatan terpantas Akid itu merupakan momen yang paling berharga menjelang perlumbaan sebenar pada ahad nanti.

"Saya mahu menjejakkan kaki di podium di Litar Tangkak dan cuba untuk menang.

"Saya memang mahu bersaing dengan Akid dan Afif yang memang kita tahu agak kuat.

"Isteri saya baru sahaja lepas melahirkan anak lelaki dan saya rasa itu adalah perkara paling bahagia dan membantu saya melupakan masa lalu.