Menjelang pusingan kedua saingan Cub Prix Malaysia 2024 di Litar Lumba Tangkak, Johor, awal Mei depan, pelumba pasukan Yamaha Tekhne AHM Motorsport, Iqbal Amri Abdul Malek, yakin mampu mencabar kedudukan podium saingan CP150 selepas menduduki tempat keempat pusingan pertama di Litar Jasin, Melaka pada awal bulan ini.

Akui gembira dengan prestasinya dalam pusingan pertama itu, Iqbal Amri melaungkan keyakinannya untuk mencabar kelompok hadapan dalam pusingan kedua itu nanti, terutama persaingan melibatkan pemenang di Jasin, Mohd Akid Aziz.

"Sememangnya kita tahu Akid Aziz, Kasma Daniel (Kasmayuddin), Azroy (Hakeem Anuar) dan Afif Amran merupakan pelumba yang perlu saya waspada dalam pusingan kedua ini.

"Jadi, kita akan lihat apa yang akan berlaku di tangkak nanti," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.