Pelumba pasukan Victorian Institute of Sport, Sam Gallagher, mengakui pelumba berbasikal negara terutama Datuk Azizulhasni Awang memiliki kekuatan dalam aspek kelajuan berbanding pelumba lain menjelang Kejohanan YSD Australasean dan Siri Berbasikal Trek ASEAN 2024 di Velodrom Nilai , Negeri Sembilan, bermula esok.

Begitupun, Gallagher bertekad memberikan cabaran kepada barisan pelumba negara untuk saingan kali ini apabila bakal turun dalam dua acara iaitu keirin dan pecut.

Dia menyasarkan untuk mengisi kelompok tiga terbaik dalam kejohanan kali ini memandangkan saingan getir akan hadir daripada pelumba negara.

"Saya berada dalam kelompok tiga terbaik acara keirin sambil menyasarkan catatan 10 saat ke bawah secara berperingkat memandangkan ramai pelumba pantas di sini.

"Kehebatan Azizul bersandarkan taktik selain kemampuannya untuk melakukan tujahan berturut-turut," katanya.