Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) membuktikan betapa luar biasanya mereka dalam mendukung agenda pemain.

Paling menarik menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung hari ini, pemain kebangsaan seperti Low Wee Wern serta bekas bintang lelaki kebangsaan, Nafiizwan Adnan mewakili persatuan negeri mereka diberikan ruang mengundi kepimpinan SRAM bagi penggal 2020 sehingga 2022.

Dan apa yang lebih menarik, bekas pemain nombor satu Malaysia, Azlan Iskandar dan ikon skuasy wanita negara, Sharon Wee masing-masing telah dilantik sebagai Timbalan Presiden SRAM dan Naib Presiden SRAM.

SRAM juga turut meraikan Gerard Monteiro yang pernah mencipta nama di pentas remaja dunia sebagai presiden baru.

"Ini merupakan kali pertama dalam sejarah menyaksikan pucuk pimpinan SRAM dipacu oleh bekas barisan atlet elit negara," kata Sharon.

"Dan berbekalkan pengalaman kami dalam sukan ini, kami akan berusaha keras untuk melahirkan lebih ramai atlet skuasy bertaraf antarabangsa tidak lama lagi."