Anugerah Bina Badan Enrich merupakan edisi pertama dalam sejarah tetapi sudah menempa nama di peringkat antarabangsa.

Kerjasama di antara syarikat yang terlibat, menjadikan penganjuran itu bertujuan untuk menghargai setiap atlet bina badan dalam negara.

Pihak penganjur yang juga Presiden Perniagaan Gimnasium Malaysia, K-Krishnakumar, menzahirkan keterujaan buat semua rakyat di Malaysia untuk lebih ramai berminat menyertai sukan bina badan itu.

Dalam pada itu, pempengaruh kesihatan, Dr. Aiesha Asmadi, menerima anugerah pencapaian terbaik buat atlet bina badan wanita selepas bertahun-tahun lamanya menceburi bidang itu.

Dr. Aiesha, yang juga bekas pesakit kanser payudara itu, pernah menjulang gelaran juara dunia National Amateur Body-Builders' Association (NABBA) 2022 dan 2023, berhasrat untuk mempertahankan gelarannya tahun ini di Birmingham.

"Saya ingin jadikan kemenangan ini sebagai simbolik kepada semua orang di luar sana yang sedang mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupan masing-masing.