Semangat pemegang rekod kebangsaan acara lompat jauh, Andre Anura Anuar, sedikit pun tidak luntur meskipun penularan wabak Covid-19 menyulitkan perjalanannya buru slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2021.

Dia hanya memerlukan 20 sentimeter (cm) lagi bagi mencapai 8.22m sekaligus layak secara merit ke temasya berprestij itu.

"Bagi saya, ia baik untuk kami ada masa dengan penangguhan Sukan Olimpik ke bulan Julai 2021 dan kami ada masa untuk mengumpul mata ke Sukan Olimpik," katanya.

"Memang jarang bagi sukan olahraga untuk layak ke Sukan Olimpik secara merit tetapi tidak mustahil juga bagi atlet untuk melayakkan diri. Catatan peribadi saya dalam 8.02, saya memerlukan dalam 20cm untuk melayakkna diri ke Tokyo.

"Tidak mustahil untuk saya dapat mencapai lagi 20cm pada tahun depan.

"Pada pandangan saya, wajar untuk atlet muda kerana ia bergangtung kepada prestasi mereka. sekiranya prestasi mereka layak untuk mewakili ke Sukan SEA, memang wajar mereka pergi.

"Bagi saya, saya masih belum berpuas hati kerana baru sekali saya pergi ke Sukan SEA dan profomance Sukan SEA agak kurang memuaskan disebabkan lompatan yang dibatalkan."