Pertahanan negara, Syed Syafiq Syed Cholan, tetap berbangga dengan keputusan seri 4-4 dengan China dalam aksi kedua Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 malam tadi walaupun terpaksa melupakan upacara Anugerah Olahragawan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).
Syafiq sanggup melepaskan peluang yang mungkin hadir sekali seumur hidup itu untuk bersama The Malaysian Hockey Tigers.
Dia memainkan tugas penting ketika Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah menentang China di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
Walaupun terlepas peluang meraih kemenangan, Syed Syafiq bagaimanapun menganggap melepaskan anugerah Olahragawan MASUM adalah satu keputusan tepat.
"Saya telah mengambil keputusan tepat untuk beraksi bersama skuad negara. Walaupun tidak menang, kami dalam perjalanan melangkah ke final," katanya.
Gol Malaysia dijaringkan Fitri Saari, Firhan Ashaari dan dua jaringan peribadi Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil.
Namun, kerapuhan pertahanan, terutama ketika menghadapi pukulan sudut penalti lawan, menyaksikan tuan rumah terpaksa akur dengan satu mata.
"Sistem pertahanan tidak berada di tahap terbaik kerana kami terlalu mengutamakan permainan menyerang. Intensiti yang dipamerkan skuad negara sangat menakjubkan ketika melakukan serangan," kata pengendali negara, Roelant Oltmans.
"Malaysia bermain dengan baik, (cuma) China memiliki tuah ketika melakukan pukulan sudut penalti," kata jurulatih China, Kim Sang-ryul.