Biarpun hanya menamatkan saingan keseluruhan di tempat ke-10 dalam perlumbaan pusingan pertama di Litar Jasin Bestari sebelum ini, namun kini dia bakal turun ke litar dengan senjata rahsia yang hanya akan dipertontonkan dalam saingan seterusnya nanti.
Dengan keupayaan jentera Yamaha YY Pang, dia mengakui kini komposisi fizikalnya yang lebih tegap amat sesuai dengan jentera tersebut memandangkan jentera tersebut lebih besar daripada jenteranya sebelum ini.
Pelumba Yamaha YY Pang CP 150, Aiman Tahiruddin laung amaran kepada Md Akid Aziz dengan jentera ditunggangnya Yamaha CKJ Racing menuju perlumbaan pusingan kedua di Litar Lumba Tangkak 4-5 Mei ini.
— Faizal Bazari (@faizalbazario) March 28, 2024
Ini juga merupakan tahun pertama dirinya bersama pasukan YY Pang. @ASTROARENA pic.twitter.com/4qv8Xh3EJR
"Target saya adalah untuk mengakhiri perlumbaan dalam kedudukan lima terbaik dan mengumpul mata."
"Kelebihan jentera ini adalah kami senang untuk berkerjasama serta bersama pasukan yang sentiasa bersedia untuk membantu terutamanya bagi memberikan saingan dalam perlumbaan nanti.
"Kami akan mencari penetapan jentera yang lebih baik nanti, saya akan memberikan yang terbaik dalam perlumbaan kerana itu merupakan cabaran saya."