Jurulatih berbasikal pelapis kebangsaan, Adiq Husainie, meminta tempoh sehingga empat tahun untuk membuktikan keseimbangan sukan berbasikal bagi acara pecut dan endurance, khususnya di penyertaan Sukan Olimpik dengan sasaran utama di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun 2028.

Langkah pertama yang mahu dilihat adalah dalam saingan Sukan Sea Bangkok 2025, selepas tiga edisi lalu tidak dipertandingkan.

Beberapa nama sudah ada dalam perangkaan Adiq antaranya, Afiq Iskandar, Azim Alias serta Zhen Yie, yang berjaya menyumbang pingat dalam saingan Siri Trek Asia yang berlangsung di Nilai.

Adiq memberi jaminan bahawa, Sukan Sea Bangkok 2025 ialah tempoh paling tepat untuk melihat kebangkitan nama nama baru.

"Setelah diambil alih selama empat bulan, kita dapat lihat kesimbangan pembutiran pingat dihasilkan selain mengharapkan momentum ini berterusan menjelang kejohanan yang bakal kita sertai," katanya.