Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mendedahkan terdapat 10 calon berpotensi untuk merebut hak sebagai tuan rumah Sukan Olimpik bagi penganjuran musim panas 2036.

Dengan temasya Paris 2024 bakal berlangsung selain kitaran tiga olimpik yang merangkumi Los Angeles 2028 dan Brisbane 2032 sudah diumumkan, beberapa negara sudah mengemukakan tawaran awal untuk edisi seterusnya.

IOC sebelum ini mengubah sistem mereka untuk menganugerahkan hak tuan bagi temasya itu selepas siasatan yang diketuai Perancis terhadap dakwaan membeli undi untuk merebut penganjuran Rio 2016 dan Tokyo 2020.

Dalam mesyuarat Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan di Seoul, Ketua Pengarah IOC, Christophe de Kepper, mengesahkan mereka telah mengadakan perbincangan untuk mendengar luahan minat.

"Kami kini bekerjasama dengan 10 negara yang merentasi empat benua yang berminat untuk menganjurkannya," katanya.

"Negara ini masing-masing di tahap yang sangat berbeza dan sedang mengembangkan cita-cita mereka mengikut garis masa serantau mahupun kebangsaan mereka sendiri"

Negara-negara yang dimaksudkan itu termasuklah Mesir, India, China, Qatar dan England yang menyatakan minat awal.