Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, merakam kejuaraan Jelajah Dunia ketiganya apabila merangkul Terbuka Thailand selepas mengatasi Li Shi Feng sebentar tadi.



Dalam pertemuan kerjaya buat kali kedua berdepan pemain China itu, Zii Jia belum pernah mengalahkan pemain yang menghuni ranking ke-50 tersebut.

Pertemuan pertama menyaksikan Shi Feng mengatasi pemain profesional negara itu, empat tahun yang lalu.

Shi Feng tampak sedia mengulangi sejarah itu apabila cekap menguasai gelanggang sebelum mengambil kelebihan 21-17.

Lain pula skripnya buat Zii Jia apabila mendahului sepanjang set kedua sekali gus memaksa set penentuan.

Namun, Shi Feng kembali mendominasi set penentuan dengan mendahului 11-4.

Begitupun, Zii Jia tidak mudah mengalah apabila menyamakan kedudukan 19-19 sebelum mengesahkan kemenangannya 23-21.

Kredit imej: BWF