Memasuki hari keempat skuad negara yang menyesuaikan diri di venue kejohanan, Plaza Sukan Musashino Forest, barisan pemain negara tampak bersemangat terutama tiga wakil negara yang akan memulakan kempen esok.

Biarpun beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, pernah beraksi di venue ini yang dijadikan lokasi untuk saingan Terbuka Jepun tetapi keadaan kali ini cukup berbeza.




Mesipun aspek pencahayaan lampu limpah dianggap menyilaukan oleh pemain negara, ia bukan satu ancaman apabila Aaron menyatakan ia membawa aura yang berbeza.

Difahamkan sistem pencahayaan ini akan kekal sehingga tamat saingan pada 2 Ogos ini.

"Suasana di sini macam Kejohanan Seluruh England, pencahayaannya tertumpu di gelanggang dan gelap di sekeliliing.

"Kualiti gelanggang juga bertambah baik tapi suasananya tetap sama, masih bagus," kata Aaron di Nadi Arena sebentar tadi.