Ng Tze Yong melakar kejutan apabila menjulang Kejohanan Badminton Terbuka Poland 2021 dengan mengalahkan pemain lebih berpengalaman untuk kem negara melakar tiga kejuaraan, sebentar tadi.

Pemain perseorangan lelaki berusia 21 tahun itu sukar dicabar sengit Pablo Abian, 36, walaupun pemain Sepanyol terbabit cuba diberi tentangan sengit pada awal set pertama sepanjang pertarungan selama 52 minit berkenaan.

Abian selaku pilihan kedua kejohanan -- yang menyingkirkan dua lagi pemain negara, Aidil Sholeh Ali Sidikin dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin, untuk ke final -- terpaksa tunduk 19-21, 11-21 kepada pencabar di ranking ke-136 dunia tersebut.

RESULTS: Polish Open 2021 Final #MAS ?? Choong Hon Jian-Toh Ee Wei def. #SUI ?? Nicolas A. Mueller-Ronjan Stern...

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Sunday, March 28, 2021


Terlebih dahulu Choong Hon Jian-Toh Ee Wei membawa pulang gelaran beregu campuran ke Malaysia selepas menewaskan wakil Switzerland, Nicolas A. Mueller-Ronja Stren, 21-16, 21-12.

Beregu muda lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, pula ditabalkan juara selepas mengetepikan cabaran sengit daripada rakan sepelatih, Chang Yee Jun- Chia Wei Jie, untuk kejayaan 21-17, 20-22, 21-19.