Perseorangan negara, Ng Tze Yong, kembali menikmati gelaran juara dengan mengetepikan cabaran rakan senegara, Soong Joo Ven, dengan straight set dalam perhitungan akhir Terbuka Scotland, sebentar tadi.

Selepas mengungguli Terbuka Poland pada Mac lalu disusuli Kejohanan Antabarangsa Belgium, bulan lalu, pemain berumur 21 tahun itu mengesahkan gelaran ketiganya pada tahun ini dengan kesemuanya dikecapi di Eropah menerusi keputusan 21-18, 21-14.

Tze Yong mengorak langkah sejak awal permainan lagi cuma dituntut untuk menafikan kebangkitan lawannya -- yang memiliki jurang usia selama lima tahun itu -- di pertengahan set kedua untuk memuktamadkan aksi selama 50 minit itu.




Malaysia masih mengintai satu lagi gelaran menerusi beregu wanita namun Anna Cheong-Teoh Mei Xin dijangka perlu menggandakan usaha apabila berdepan pilihan utama dari Kanada, Rachel Honderich-Kristen Tsai, sebentar lagi.

Kredit imej: BWF