Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan aksi cemerlang apabila berjaya menempah slot ke final Terbuka Perancis selepas mengatasi wakil Korea Selatan, Baek Ha-na, Lee So-hee, 21-13, 21-17, sebentar tadi.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Paris semalam menyaksikan pasangan di kedudukan ke-11 dunia itu mencipta sensasi apabila menundukkan pasangan di kedudukan ketiga dunia dari Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida 15-21, 21-14,21-14.

Bertemu wakil Korea, Pearly-Thinaah mempamerkan prestasi yang cukup cemerlang apabila berjaya memenangi set pertama 21-13 dalam tempoh 17 minit.

Set kedua wakil Korea itu berusaha untuk mengikat kedudukan, namun Pearly-Thinaah berjaya bangkit mengikat kedudukan 15-15. Dan ia telah meningkatkan lagi semangat mereka apabila berjaya menoktahkan kemenangan 21-17 sekaligus mara ke final.

Mereka bakal bertemu wakil Jepun yang cukup berpengalaman, Matsumoto-Wakana Nagahara dalam pertemuan merebut gelaran.