Dia pernah membimbing An Se-young berada dalam kelompok tiga terbaik dunia selain menjadi antara watak penting membantu negara itu menjulang Piala Uber 2022.
"Sebenarnya dua negara mengemukakan tawaran dan saya memilih Hong Kong atas sebab keselesaan persekitaran hidup.
"Itu yang lebih utama," katanya di ibu negara sempena menempuhi cabaran Terbuka Malaysia yang bermula Selasa depan.

Dia menetapkan misi peribadi yang sama untuk meletakkan pemain seperti Ng Ka Long dan Lee Cheuk Yiu memasuki kelompok 10 dunia terlebih dahulu selepas mengikat kontrak selama dua tahun hingga Sukan Olimpik Paris 2024.
"Mereka mempunyai potensi kerana kalau tiada pemain yang bagus saya pun tidak mahu datang ke sini.
"Saya mahu menaikkan semula ranking mereka termasuk pemain muda seperti Cheuk Yiu.
"Biarpun ia tidak disebut pengurusan tapi itulah sasaran saya sendiri," katanya.
Kredit imej: Badminton Asia