Dua wakil negara mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022 di sebalik permulaan sumbang beregu campuran profesional, Soong Joo Ven-Goh Liu Ying, sebentar tadi.

Mereka yang kali ketiga bergandingan dalam kejohanan disingkirkan Jones Jansen-Linda Efler Soong dari Jerman, 17-21, 18-21.

Namun, Chen Tang Jie-Valeree Siow kembali menceriakan penyokong di Axiata Arena, Bukit Jalil apabila mengejutkan beregu campuran Jepun di ranking ke-16 dunia, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo, 21-16, 14-21, 21-10.




Selepas itu giliran Pearly Tan-M Thinaah, pula mengorak langkah dengan mengecewakan Li Xuan Xuan-Xia Yu Ting dalam pertemuan sulung mereka.

Beregu wanita utama negara itu diberi tentangan sengit pada awal pertarungan sebelum menyempurnakan mata terakhir kedua untuk mendominasi set pertama 22-20.

Pukulan bertenaga daripada Pearly khususnya banyak menyukarkan lawan dari China itu untuk mereka selesa mengatur rentak dalam set kedua sebelum rejaman Thinaah memastikan kemenangan 21-24.