Tee Kai Wun-Man Wei Chong mahu meminta tunjuk ajar daripada pemain senior, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam misi menandingi kehebatan Marcus Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.

Mereka perlu menghadapi ranjau pusingan 32 Terbuka Malaysia BWF apabila bakal berdepan jaguh dari Indonesia berkenaan.

Ia berikutan hanya Aaron-Wooi Yik yang merupakan wakil negara yang pernah mengalahkan gandingan itu pada 2021.

"Kami akan meminta tip daripada mereka tapi corak permainan di antara kami dan Aaron-Wooi Yik tidak sama.





"Kami kena cuba tukar-tukar taktikal di atas gelanggang.

"Kalau untuk dapatkan mata, kami perlu lebih menyerang.

"Tapi kami juga perlu berwaspada di depan jaring dan permainan psikologi mereka," kata Kai Mun.