Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying, menjadikan Terbuka Jerman yang bakal membuka tirai 8 Mac depan sebagai platform bagi menilai kemampuan bersama pasangan baru, Ong Yew Sin.

Ia sekaligus akan menjadi persiapan ke Kejohanan Seluruh England berdepan pasangan tuan rumah, Callum Hemming-Jessica Pugh di ranking ke-48 dunia.

Selepas tiga bulan tidak menyertai sebarang kejohanan, pemain berusia 32 tahun itu kembali meraih momentum di aksi pertamanya.

"Ini merupakan pertandingan pertama saya bersama Yew Sin, perkara paling penting adalah tahap keyakinan yang dapat dipamerkan serta kombinasi antara kami sementara menjadi aksi pemanas badan menjelang Seluruh England," kata Liu Ying.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi, menyifatkan ianya satu kelebihan apabila gandingannya, Ong Yew Sin turut beraksi bersama Liu Ying.

"Yew Sin telah berbincang dengan jurulatih dan saya percaya ia amat baik kerana dia dapat menimba pengalaman baru dan meningkatkan permainan kami," kata Ee Yi.