Hasrat perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Jerman tidak kesampaian selepas tewas kepada jaguh Thailand, Kunlavut Vitidsarn, dalam aksi separuh akhir di Westenergie Sporthalle sebentar tadi.

Turun selaku pilihan kelima, Zii Jia sepatutnya memanfaatkan pertemuan kali ini untuk menebus kehampaan disingkirkan lawan sama dalam separuh akhir Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Bali hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, pemain negara itu mempamerkan aksi kurang meyakinkan sebelum tewas 13-21 dalam set pertama.

Tidak banyak dapat dilakukan Zii Jia untuk merencanakan kebangkitannya dalam set kedua, di mana dia ketinggalan sejak awal permain sebelum akur menamatkan pertarungan selama 43 minit itu dengan kekalhan 12-21.

Kunvalut seterusnya akan menantikan pemenang di antara pilihan utama dari Denmark, Viktor Axelsen, atau jaguh India, Lakshya Sen, bagi penentuan kejuaraan esok.