Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, melangkah bergaya ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menewaskan lawan dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, sebentar tadi.

Haluan trafik sehala memihak gandingan negara sejak dari awal set pertama, di mana mereka mendahului 7-1 pada awal permainan sebelum meraih kemenangan mudah 21-13.

Kejayaan itu jelas meningkatkan semangat mereka untuk mencatatkan kemenangan, juga dengan keputusan 21-13 dalam set kedua, selepas bertarung selama 44 minit.

Pearly dan Thinaah seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu pilihan kedua dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, dan wakil Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard, bagi penentuan ke final esok.