Cabaran perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Terbuka India berakhir dalam pusingan kedua selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng, lewat malam tadi.

Zii Jia bergelut sejak dari awal set pertama di mana dia ketinggalan 1-11 sebelum melepaskan set berkenaan dengan kekalahan 11-21.

Bagaimanapun, dia bangkit pada penghujung set kedua untuk mencatatkan kemenangan 21-14 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Zii Jia, yang terkandas dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia minggu lalu, terpaksa akur langkahnya turut terhenti awal dalam kejohanan kali ini apabila tewas 18-21 dalam set ketiga selepas bertarung selama 64 minit.