Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, meneruskan prestasi positif di saingan Terbuka Australia apabila mengesahkan slot suku akhir sebentar tadi.

Dalam perlawanan pusingan 16 di Pusat Quay, Sydney, Australia itu, Tze Yong menyingkirkan cabaran bintang dari Korea Selatan, Heo Kwang-hee, dalam perlawanan selama 68 minit.

Set pertama menyaksikna pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu mengatasi cabaran Kwang-hee, 21-16.

Bagaimanapun Kwang-Hee berjaya bangkit dengan meraih kemenangan 21-19 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Tze Yong cemerlang menemui rentak dalam set ketiga bagi memastikan dia meneruskan kemaraan ke suku akhir dengan kemenangan 21-5 pada set ketiga.

Untuk rekod, Tze Yong semalam berjaya mengetepikan cabaran pemain Australia, Jacob Schueler, 21-13, 21-15 dalam masa 39 minit.

kredit: Sinar Harian