AJAX 5 HEERENVEEN 0


Erik ten Hag akan menuju ke Manchester United sebagai juara selepas pasukan bimbingannya, Ajax, melakar kejayaan terbaru Eredivisie dengan bergaya, awal pagi tadi.


Ajax diberi saingan sengit oleh PSV untuk sebahagian besar musim ini tetapi menuju ke perlawanan terakhir dengan menyedari hanya kemenangan ke atas Heerenveen akan mengesahkan kejuaraan buat mereka.

Bagaimanapun, anak buahnya tidak mengecewakan apabila menang 5-0 di Johan Cruijff ArenA menerusi jaringan Nicolas Tagliafico, Steven Berghuis, Sebastien Haller, Brian Brobbey dan Edson Alvarez.

Keputusan itu menjadikan kemenangan 3-2 PSV menentang NEC tidak lagi penting berikutan jurang empat mata kekal.

Ia memastikan kejuaraan Ajax yang ke-36 dan ketujuh dalam 11 musim ini yang menyaksikan Ten Hag menggondol tiga kejayaan. Dia menjadi pengurus keempat yang memenangi tiga atau lebih gelaran bersama Ajax.

Bahkan, barisan skuad musim 2021-22 melakar sejarah apabila menamatkan kempen dengan cemerlang menerusi kemenangan dengan lima atau lebih gol buat kali ke-10.