Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Badminton Thailand (BAT) bagi menjalinkan kerjasama meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris.

MoU dua tahun itu akan menyaksikan kedua-dua negara berkongsi kepakaran dalam pelbagai aspek termasuk sains sukan dan latihan atlet, jurulatih dan pegawai.

“Majlis hari ini adalah penting untuk pembangunan badminton di Malaysia, sambil kami bersedia untuk objektif utama kami untuk melakar emas pertama dalam di Sukan Olimpik Paris dan memenangi Piala Thomas 2024,” kata Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria.

Malaysia masih memburu hadiah terulung dalam Sukan Olimpik sekalipun badminton sudah memenangi enam perak.

Thailand sebaliknya belum pernah memenangi sebarang pingat badminton dalam temasya itu yang menyaksikan tinju dan angkat berat telah menyumbang sembilan daripada 10 pingat emas mereka.

Jika ia berjalan lancar, MoU ini akan membawa manfaat kepada kedua-dua negara yang berada di landasan yang betul tepat untuk mencipta kejayaan dalam temasya sukan terbesar itu.




Dua minggu lalu, Malaysia menamatkan penantian juara dunia selama 45 tahun menerusi pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, manakala Thailand juga mempunyai kuasa yang menggerunkan dalam hampir setiap disiplin.

Sementara itu, BAM juga sedang mempertimbangkan untuk membuka kemudahan Akademi Badminton Malaysia (ABM) mereka kepada pemain profesional.

Badan tertinggi negara itu akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum berunding dengan pemain profesional dan jurulatih mereka dalam usaha untuk memupuk persekitaran yang lebih kompetitif.