Skip to main content

Badminton

Sukan Komanwel: Aaron-Wooi Yik kandas di separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik-badminton-malaysia.jpg
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, gagal mengikut jejak rakan senegara ke final Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

Wakil negara, Ng Tze Yong dan gandingan Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke final selepas menundukkan lawan masing-masing. 

Aaron-Wooi Yik menampilkan permulaan yang baik bamun kesilapan yang dilakukan mudah dimanfaatkan wakil tuan rumah,  Ben Lane-Vendy Sean menang set pertama, 21-18.

Tersentak, mereka bangkit dalam set kedua dan berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan apabila menang 21-17.

Bagaimanapun, rentak permainan Aaron-Wooi Yik ternyata sudah dibaca lawan apabila tewas 21-4 sekaligus gagal mara ke final.

Mereka bakal bertemu satu lagi gandingan negara, Chan Peng Soon-Tan Kian Meng dalam penentuan pingat gangsa.

Advertisement

Must Watch Video