Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, menimbulkan persoalan sama ada dia akan menyertai kejohanan Piala Thomas di Chengdu, China hujung bulan ini ataupun tidak ekoran kecederaan yang sedang membelenggu dirinya ketika ini.

Menurut wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, pemain yang berusia 23 tahun itu akan menjalani rawatan daripada pegawai kesihatan untuk mengetahui keadaan terkini tahap kecergasannya.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, berkata Tze Yong akan digugurkan dari skuad Piala Thomas sekiranya tidak mencapai tahap kecergasan yang diperlukan.