Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, menempah aksi tumpuan dengan Kento Momota manakala beregu wanita, M. Thinaah-Pearly Tan, terus mempamerkan aksi cemerlang untuk mengesahkan laluan ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England lewat malam tadi.

Zii Jia hanya memerlukan 35 minit untuk menewaskan pemain veteran Denmark, Hans-Kristian Vittinghus, 21-12, 21-13 untuk mencongak perhitungan dengan pemain nombor satu dunia, Momota.

A post shared by BAM (@ba_malaysia)


Kemenangan Zii Jia itu merupakan sesuatu yang menarik memandangkan Vittinghus telah mengejutkan beberapa pemain pilihan untuk ke final Kejohanan Terbuka Thailand 2 sebelum ini.

Selepas perlawanannya, Zii Jia menyifatkan kemenangan itu sebagai "kenangan manis" buatnya selepas layak ke separuh akhir musim lalu dan mahu membuktikan bahawa dia sudah meningkat susulan aksi buruknya awal tahun ini.

Dia turut berjanji akan memberikan "tentangan terbaik" buat bintang Jepun itu menjelang suku akhir hari ini.

Dalam pada itu, Thinaah dan Pearly mempamerkan aksi cemerlang ketika menghadapi saingan beregu tuan rumah, Jessica Hopton-Jenny Moore, sebelum menang 21-18-21-7.

Juara terbuka Switzerland itu akan berdepan pilihan kelima dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, dalam penentuan ke separuh akhir.

A post shared by BAM (@ba_malaysia)